Skip to main content

Cara menjaga kulit wajah secara semulajadi

Assalamualaikum semua, harini hika nak kongsi sikit tentang cara penjagaan kulit muka hika memandangkan ramai sangat kawan hika yang tanya macam mana hika jaga muka hika sampai flawless tanpa pakai produk pencuci muka pun.

hika bukan membangga diri tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan hika dari segi penjagaan kulit muka. Sampai sekarang, hika sebenarnya tak tahu pun cara penjagaan kulit yang sebenar. hika dok tengokkkkk je kawan2 hika, setiap pagi cuci muka, setiap malam sebelum tidur cuci muka jugak. hika cuma gosok gigi je.

Let's get into point, Hika tak buat apa-apa pun. kalau ada jerawat pun sekali-sekala hika mula lah bising pada kawan2, macam mana nak buat ni.. hika tak tau nak handle, sbb tak pernah dapat/jarang dpt so dah lupa apa kena buat. hehe.. Mungkin dengan keberkatan wuduk setiap hari, Allah jaga seri muka hika. Alhamdulillah. Jadinya korang, jaga la solat setiap hari 5 kali, tambah solat dhuha dan juga solat tahajjud. Jangan takut bangun tahajjud sbb ada hantu kacau! Allah kata siapa bangun tahajjud ni, Dia pelihara daripada gangguan makhluk lain.

Tapi, korang datang sini bukan lah sia-sia. Hika sertakan sekali tips-tips penjagaan kulit daripada rumah.

1. Minum air masak secukupnya.
hika tau ni susah, tapi haus la. hika selaluuuu minum air at least 1,5 liter satu hari sbb haus sangat. hika rasa minum air banyak sangat membantu sbb dia buang toksin pada badan kita!

2. Air lemon
Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

atau 

Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

3. Tomato 
haaaa... tomato bagus tau guys.. makan gitu aje pun sedap berkhasiat. lagi la buat letak pada muka! dia mcm toner tauuuu.. tak pyh beli toner mahal2 kat luar hehe

caranya:
Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.
kalau dilakukan setiap hari, ia mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

4. Aloe vera
siapa je tak tau ni. tapi mmg aloe vera berkesannnn sangat. 

caranya: 
Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu
Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.

itu je yang hika tau. moga dapat membantu korang! jangan rasa down kalau korang punya kulit kusam atau tak bermaya atau sebagainya. Allah da tetapkan, just be confident with yourself! ada je org muka tak lawa tpi diterima ramai, sbb dia tak asigkan diri dia kerana tak yakin dengan rupa dia. yang penting korang live your life to the fullest! Amalkan secara konsisten dan jangan lupa doa sbb Allah yang jaga kita! Akhir kata, semoga berjaya dalam semua perkara bukan sahaja dlm kecantikan. Amin. Terima kasih sudi lawat blog hika yang tak seberapa niiiii... 

ps.. madu pun byk membantu. bole google.. hehe.. byee

Comments

Popular posts from this blog

kumpulan darah penderma kepada penerima

Manusia mungkin hilang banyak darah akibat pendarahan berlebihan disebabkan oleh kecederaan atau penyakit. Darah mesti digantikan melalui pemindahan darah. Apabila hal ini berlaku, darah penderma perlu dipindahkan ke dalam badan penerima. Kumpulan darah penderma dan penerima mestilah sama atau serasi. jika tidak, darah akan mengumpal. hal ini boleh membunuh penerima. PENDERMA UNIVERSAL • Kumpulan darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja .  PENERIMA UNIVERSA L • K umpulan darah AB pula dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan   tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja .

pengendalian dan penyimpanan darah

Darah penderma diambil menerusi vena pada lengannya. Darah dikumpulkan di dalam beg darah berisi natrium sitrat untuk menghalang pembekuan. Masa yang diambil untuk menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5 hingga 10 minit. Beg darah itu kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 5 ° C selama 10 hari atau lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Sampel darah dari beg darah diambil  dan diuji untuk mengetahui kumpulan darah, kehadiran virus seperti virus imunodefisiensi manusia (HIV) dan bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan. Sebelum darah dipindahkan, darah perlu diuji semula dengan teliti untuk memastikan keserasian dengan penerima. Kemudian darah itu dipindahkan melalui vena pada lengan penerima pada kadar dan suhu yang betul. Lihat apa yg bantu anda jana duit! https://duitcloud.com/?id=hazzi06  

PBS Sains Tingkatan 3 2014 B6D2E1

B6D2E1 Pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk “ Kepentingan sistem respirasi yang sihat ”: Bahan cemar udara pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi Cara untuk memperbaiki kualiti udara Amalan mengekalkan udara yang bersih *Semua jawapan untuk PBS Sains B6D2E1 dan semua senarai tugasan Band 6 dah ada di blog Cikgu Hailmi~  http://www.cikguhailmi.com/2013/12/pbs-sains-tingkatan-3-senarai-tugasan-band-6.html  so~~~ semoga berjaya melepasi Band 6 :D *klu nk saya tolong ape2 like pendahuluan or isi ke just leave comment ok?! :D i'll try to help you^^