Skip to main content

komponen darah dan fungsinya

terdapat 4 komponen darah iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.
SEL DARAH MERAH
Sel darah merah mengandungi pigmen merah, iaitu hemoglobin. Sel darah merah berbentuk cekera dwicekung dan tidak bernukleus. Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam hemoglobin ke seluruh badan. Jangka hayatnya adalah selama 120 hari. 
SEL DARAH PUTIH 
Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk yang tetap dan mempunyai nukleus. Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit dengan cara memusnahkan mikroorganisma yang memasuki badan. Jangka hayatnya adalah selama 2 hari hingga 2 bulan. 
PLATLET 
Platlet pula ialah serpihan kecil sel yang pecah dan berbentuk tidak sekata. Platlet tidak mempunyai mukleus dan berfungsi untuk membantu dalam pembekuandarah untuk menghentikan pendarahan.
PLASMA 
Plasma pula mengandungi 90% air dan 10% bahan terlarut seperti makanan tercerna, garam mineral, vitamin serta bahan kumuh. Plasma berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, membawa hormon ke tisu-tisu badan, mengangkut  makanan tercerna ke sel-sel dan mengangkut hasil perkumuhan dari sel-sel.

Comments

Post a Comment