Darah penderma diambil menerusi vena pada lengannya. Darah dikumpulkan di dalam beg darah berisi natrium sitrat untuk menghalang pembekuan. Masa yang diambil untuk menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5 hingga 10 minit. Beg darah itu kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 5 ° C selama 10 hari atau lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Sampel darah dari beg darah diambil dan diuji untuk mengetahui kumpulan darah, kehadiran virus seperti virus imunodefisiensi manusia (HIV) dan bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan. Sebelum darah dipindahkan, darah perlu diuji semula dengan teliti untuk memastikan keserasian dengan penerima. Kemudian darah itu dipindahkan melalui vena pada lengan penerima pada kadar dan suhu yang betul. Lihat apa yg bantu anda jana duit! https://duitcloud.com/?id=hazzi06
Just a girl, woman and daughter.